Friday, July 1, 2011

I'm sure I will change one day

  Bila aku dengar satu cerita ni, diri aku rasa tenang sangat . walaupun diri aku ni dalam beberapa masalah.. Cerita itu menginsafkan diri aku daripada membuat perbuatan yang di benci oleh Allah S.W.T. Aku sendiri pun tak tahu kenapa cerita tu dapat menukarkan fikiran aku untuk mengubah sikap aku yang teruk ni.

   pada mulanya, aku tak yakin 100% pun , tapi bila orang cakap yang Allah Itu Maha Mengampun dan Maha Pengasih . Orang sendiri pandang keji dekat aku dengan perangai aku yang*****. Aku cuba untuk berubah dalam tahun ni . Tapi aku rasa tak de apa yang berubah . Bila aku mengadu dekat seseorang itu , dia berkata bahawa kita hanya mampu merancang manakala Allah itu yang menentukan.

  Bila difikirkan balik pada masa yang terluang , memang betul , apa yang mampu kita buat ialah berdoa kepada Allah .kadang kadang kita rasa diri kita dibenci orang kerana contohnya kita ni tak pandai . tapi pernah ke kita fikir , ibu bapa kita , abang atau kakak kita , kawan baik dan yang satunya ialah Allah , pernah ke mereka benci kita ? Kita mestilah berdoa dan berusaha . jika kita hanya berdoa dan tidak berusaha , maknanya itu tidak akan merubah hidup kita.

  Mungkin korang baca seperti aku ni hipokrit kan ? tapi sebenarnya tak . aku ikhlas untuk menulis post ni and aku nak luahkan apa yang aku rasa . jadi , aku akan berusaha untuk berubah kepada aku yang dahulu .

No comments:

Post a Comment